<script type='text/javascript' src='http://track.mybloglog.com/js/jsserv.php?mblID=2008041622024340'></script>
<script type='text/javascript' src='http://track.mybloglog.com/js/jsserv.php?mblID=2008041622024340'></script>
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak – esak.
Syarahan Kitab
Akhlaqu Al-Nabi
Fi Al-Quran Wa Al-Sunnah
(akhlak Nabi Dalam Qur’ an dan Sunnah)
Sumber dari Karangan: Dr. Ahmad Bin Abdul Aziz Bin Qasin Al-Haddad
Pengenalan
Kata al-akhlak adalah bentuk jama’(banyak) dari al-khuluk, ia memiliki banyak makna (antaranya al-din(agama), al-thab’l (tabiat), al-sajiyah (tenang)). Secara istilah pula, akhlak merupakan kekuatan yang kukuh yang ada dalam diri manusia yang mendorong manusia untuk memilih yang lebih baik ataupun buruk yang diukur dari pandangan syari’at dan fitrah benar. Islam memandang akhlak sebagai perkara yang amat penting, ia merupakan tanda keimanan, pembersih hati, pensuci jiwa dan pengangkat akar-akar kehinaan dari pandnagan individu dan masyarakat. Oleh sebab itu, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk menyempurnakan manusia.
Allah berfirman:
“Sebagaimana kami telah mengutuskan kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu, supaya ia membacakan kepada kamu ayat-ayat kami, dan membersihkan kamu, dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah, dan mengajarkan kamu apa-apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah:151
Ayat diatas secara terang menjelaskan maksud Allah swt mengutuskan para rasul, iaitu untuk membentuk umat menjadi insan yang berakhlak, membersih diri mereka dari kotoran-kotoran kehinaan serta mengajar kepada mereka kitab dan hukum-hukum yang mereka perlukan sebagai panduan. Selain itu Allah juga menjadikan para rasul itu sebagai suri tauladan dan contoh dalam hal akhlak, Allah berfirman:
“Sungguh ada pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik bagi kamu”
Jelaslah bahawa Rasulullah bukan hanya skadar pembawa syari’at , tapi juga merupakan contoh yang harus diikuti oleh mukmin dalam setiap aspek kehidupan termasuk akhlak. Berikut akan dijelaskan akhlak-akhlak Nabi Muhammad SAW yang patut dijadikan panduan dalam kehidupan.
1. RIDHA
Ridha bermaksud suka, lawan kepada marah. Jadi ridha bermaksud senang dengan apa sahaja yang menimpa dan luput daripada seseorang yang dengan kata lain ridha adalah menerima dengan senang hati segala ketentuan Allah SWT sama ada bersifat menyenangkan mahupun menyakitkan, gembira mahupun sedih, bahagia mahupun derita, banyak mahupun sedikit.
Al-Quran telah membincangkan perkara ridha lebih luas. Ridha dibahagikan kepada dua iaitu:
(a) Ridha Allah terhadap hambanya
Ini merupakan sifat mutlak yang dimiliki oleh Allah, yang tidak diketahui bentuk namun kita dapat merasakan kesannya. Kerana keridhaan Allah jauh lebih besar daripada apa yang digambarkan oleh pemikiran manusia. Keridhaan Allah ini akan diperolehi oleh orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.
(b) Ridha Hamba
Keredhaan seseorang ini ada dua jenis iaitu keridhaan kepada Allah sebagai tuhan dan ridha terhadap segala ketentuan Allah. Keridhaan seorang hamba pada Allah sebagai tuhan iaitu tidak menjadikan tuhan-tuhan selain daripada Allah dan meyakini bahawa Allah yang mengatur alam serta memenuhi segala keperluan makhluk. Keridhaan seperti ini merupakan syarat keimanan kerana ia bermakna mentauhidkan Allah. Sedangkan Ridha kepada segala ketentuan Allah bermaksud seorang hamba tidak membenci apa sahaja ketentuan Allah yang terjadi padanya. Peringkat yang paling tinggi dalam hal ini adalah kegembiraan hati dan ketenangan jiwa ketika menerima qada Allah sama ada yang baik mahupun yang buruk.
to be continue..
Ya 4JJ 1..
Hamba mu ini memohon kekuatan dalam menempuhi dugaan yg Kau berikan kepada ku.. Sesungguhnya hambuMu ini sangat lemah..Lemah dalam menempuhi dugaan yg Engkau rentangkankan untuk menguji keimanan ku yg senipis kulit bawang..Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang hina ini..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg Maha Agung dan Maha Pengampun..