« Ya 4JJ 1... | Main | 5 Syarat untuk melakukan zina »

Ridha..

Syarahan Kitab

Akhlaqu Al-Nabi

Fi  Al-Quran Wa Al-Sunnah

(akhlak Nabi Dalam Qur’ an dan Sunnah)

Sumber dari Karangan: Dr. Ahmad Bin Abdul Aziz Bin Qasin Al-Haddad

Pengenalan

Kata al-akhlak adalah bentuk jama’(banyak) dari al-khuluk, ia memiliki banyak makna (antaranya al-din(agama), al-thab’l (tabiat), al-sajiyah (tenang)). Secara istilah pula, akhlak merupakan kekuatan yang kukuh yang ada dalam diri manusia yang mendorong manusia untuk memilih yang lebih baik ataupun buruk yang diukur dari pandangan syari’at dan fitrah benar. Islam memandang akhlak sebagai perkara yang amat penting, ia merupakan tanda keimanan, pembersih hati, pensuci jiwa dan pengangkat akar-akar kehinaan dari pandnagan individu dan masyarakat. Oleh sebab itu, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk menyempurnakan manusia.

Allah berfirman:

Sebagaimana kami telah mengutuskan kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu, supaya ia membacakan kepada kamu ayat-ayat kami, dan membersihkan kamu, dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah, dan mengajarkan kamu apa-apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah:151

Ayat diatas secara terang menjelaskan maksud Allah swt mengutuskan para rasul, iaitu untuk membentuk umat menjadi insan yang berakhlak, membersih diri mereka dari kotoran-kotoran kehinaan serta mengajar kepada mereka kitab dan hukum-hukum yang mereka perlukan sebagai panduan. Selain itu Allah juga menjadikan para rasul itu sebagai suri tauladan dan contoh dalam hal akhlak, Allah berfirman:

Sungguh ada pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik bagi kamu

Jelaslah bahawa Rasulullah bukan hanya skadar pembawa syari’at , tapi juga merupakan contoh yang harus diikuti oleh mukmin dalam setiap aspek kehidupan termasuk akhlak. Berikut akan dijelaskan akhlak-akhlak Nabi Muhammad SAW yang patut dijadikan panduan dalam kehidupan.

1.   

RIDHA

Ridha bermaksud suka, lawan kepada marah. Jadi ridha bermaksud senang dengan apa sahaja yang menimpa dan luput daripada seseorang yang dengan kata lain ridha adalah menerima dengan senang  hati segala ketentuan Allah SWT sama ada bersifat menyenangkan mahupun menyakitkan, gembira mahupun sedih, bahagia mahupun derita, banyak mahupun sedikit.

Al-Quran telah membincangkan perkara ridha lebih luas. Ridha dibahagikan kepada dua iaitu:

(a)  Ridha Allah terhadap hambanya

Ini merupakan sifat mutlak yang dimiliki oleh Allah, yang tidak diketahui bentuk namun kita dapat merasakan kesannya. Kerana keridhaan Allah jauh lebih besar daripada apa yang digambarkan oleh pemikiran manusia. Keridhaan Allah ini akan diperolehi oleh orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.

(b)  Ridha Hamba

Keredhaan seseorang ini ada dua jenis iaitu keridhaan kepada Allah sebagai tuhan dan ridha terhadap segala ketentuan Allah. Keridhaan seorang hamba pada Allah sebagai tuhan iaitu tidak menjadikan tuhan-tuhan selain daripada Allah dan meyakini bahawa Allah yang mengatur alam serta memenuhi segala keperluan makhluk. Keridhaan seperti ini merupakan syarat keimanan kerana ia bermakna mentauhidkan Allah. Sedangkan Ridha kepada segala ketentuan Allah bermaksud seorang hamba tidak membenci apa sahaja ketentuan Allah yang terjadi padanya. Peringkat yang paling tinggi dalam hal ini adalah kegembiraan hati dan ketenangan jiwa ketika menerima qada Allah sama ada yang baik mahupun yang buruk.

to be continue..

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .